Tips Lulus Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

Peperiksaan Separa Perubatan hari ini dijalankan secara online. Amat berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, kini peperiksaan Separa Perubatan dijalankan secara online. Soalan peperiksaan Separa Perubatan yang bakal ditanya sudah pasti berkisar tentang bidang Separa Perubatan itu sendiri. Badan yang bertanggung jawab mengendalikan program Separa Perubatan pula ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Latihan Separa Perubatan

Tips Lulus Peperiksaan Latihan Separa Perubatan bergantung kepada persediaan anda. Disebabkan peperiksaan ini diadakan oleh Kerajaan Malaysia, anda perlu membuat persediaan dengan maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran Malaysia, Kementerian-kementerian, Suruhanjaya-suruhanjaya Malaysia, Jabatan-jabatan kerajaan dan Agensi-agensi kerajaan. Maklumat ini amat besar dan luas jika hendak dicari dan diingati dalam masa yang singkat.

Komponen Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

Dalam setiap peperiksaan yang diuruskan oleh SPA, ada komponen peperiksaan Separa Perubatan yang boleh dijadikan panduan untuk calon-calon peperiksaan Separa Perubatan membuat persiapan awal. Ia mengandungi 2 seksyen iaitu Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Kedua-dua seksyen perlu dijawab dengan betul dan menepati kriteria yang diperlukan oleh SPA. Anda yang terlibat dengan peperiksaan Separa Perubatan wajib lulus kedua-dua seksyen dan boleh hadir ke tapisan temuduga.

Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

Bidang Separa Perubatan diuruskan oleh KKM. Oleh itu anda harus tahu apa maklumat yang berkaitan dengan KKM seperti sejarah penubuhan, misi dan visi, piagam pelanggan, carta organisasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh KKM. Selain itu anda harus tahu beberapa perbezaan di antara hospital dan klinik. Ambil inisiatif untuk mencari maklumat mengenai rancangan-rancangan kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.

Istilah-istilah perubatan yang asas juga harus diambil kira. Anda mungkin tidak biasa dengannya tetapi ini adalah peluang yang terbaik untuk mengkaji bidang Separa Perubatan. Di antara istilah-istilah yang perlu diketahui ialah :

  1. Forensik – Pembedahan dan kajian mayat untuk memperolehi maklumat berkenaan punca kematian contohnya jenayah dan kes-kes lain
  2. Obstetrik dan Ginekologi – Perbidanan, sakit puan dan perkara berkaitan penyakit perempuan
  3. Onkologi klinikal – Penyakit kanser, terapi radiasi, terapi hormon dan kemoterapi
  4. Patologi kimia – Kajian dalam makmal berkenaan cecair badan
  5. Ortopedik – Penyakit dan pembedahan sendi dan tulang
  6. Pediatrik – Bidang khusus untuk penyakit kanak-kanak
  7. Histopatologi – Kajian tisu dan sel dalam makmal
  8. Oftalmologi – Penyakit dan pembedahan mata
  9. Nefrologi – Sakit ginjal atau buah pinggang
  10. Radiologi – Khas tentang penggunaan x-ray
  11. Gastroenterologi – Saluran pencernaan
  12. Dermatologi – Penyakit kulit
  13. Kardiologi – Jantung

Institusi-institusi penyelidikan di Malaysia yang menjalankan pengurusan dan penyelidikan dalam disiplin kesihatan am melibatkan penyakit berjangkit contohnya demam denggi, taun, malaria, mulut dan kuku dan lain-lain. Bidang ini menumpukan kepada langkah pencegahan dan rawatan kepada sesuatu penyakit yang melibatkan orang ramai.

Senarai Institusi-Institusi Kesihatan di Malaysia

  1. Institut Kesihatan Umum (IKU)
  2. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
  3. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
  4. Kumpulan Perubatan Johor

Seksyen Ujian Psikometrik Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

Ujian Psikometrik turut diaplikasikan dalam bidang Separa Perubatan. Ia perlu dijawab semasa peperiksaan online Separa Perubatan, selepas calon-calon menjawab bahagian Pengetahuan Am. Ujian psikometrik ini akan digunakan untuk menapis calon-calon yang benar-benar berminat untuk menceburi bidang ini. Berdasarkan rekod yang lepas, dianggarkan 40,000 calon akan ditapis untuk memenuhi kekosongan yang kurang dari 2,000 tempat.

Ujian Psikometrik ini bakal menentukan ukuran minat dan kecenderungan calon untuk melayakkan diri masuk ke latihan Separa Perubatan. Perlu difahami bahawa bidang kerjaya ini memerlukan anda untuk bercampur, berurusan dan berkomunikasi dengan orang ramai dari pelbagai jenis pesakit dari berbeza usia. Sekiranya jawapan anda tidak cenderung kepada skop kerja sebagai anggota Separa Perubatan, berkemungkinan besar anda akan gagal dan dikeluarkan dari senarai calon untuk ujian temuduga.

Anda terpaksa menunggu setahun lagi untuk menduduki peperiksaan online Separa Perubatan. Bukankah itu satu kerugian? Jika lulus peperiksaan online tetapi gagal temuduga, anda akan dipanggil ke sesi temuduga sekali lagi. Jika awal-awal lagi sudah gagal peperiksaan, maka peluang anda untuk ditemuduga akan hilang begitu sahaja. Buatlah persediaan rapi supaya anda tidak akan menyesal nanti. Sekurang-kurangnya berusahalah supaya dapat dalam lulus peperiksaan online Separa Perubatan.

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan secara percuma di link berikut :

–>> http://profhariz.com/rujukan-peperiksaan-latihan-separa-perubatan/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *