10 Tip Temuduga SPA Separa Perubatan

Temuduga Separa Perubatan dibawah kementerian kesihatan malaysia dengan jemputan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Gabungan 10 Latihan)(Semenanjung), Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma (Calon Sarawak), Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma (Calon Sabah), mula berlangsung pada 5 April 2015 – 7 Mei 2015 adalah jumlah kemasukkan yang banyak iaitu hampir 2000 pelajar. Jumlah panggilan untuk menghadiri temuduga ini apa yang pihak kami tahu hampir 50 ribu calon.

Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan
Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan

Tidak hairanlah jika kami menerima permintaan untuk menyediakan Panduan Temuduga Separa Perubatan anda yang baru pertama kali dipanggil ke sesi temuduga terutamanya temuduga untuk kemasukan latihan Separa Perubatan, pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah perjalanan temuduga tersebut.

Sebagai langkah persediaan, kami dari arena kerjaya akan kongsikan tips menghadapi temuduga Separa Perubatan untuk anda. Semoga ianya bermanfaat untuk anda

Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan Yang Perlu Anda Tahu

  1. Masuk ke dalam bilik temuduga dengan meminta izin dari panel penemuduga. Usah masuk tanpa meminta izin atau mengetuk pintu dahulu. Ini adalah cerminan disiplin anda yang perlukan izin dari mereka yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi dari anda.
  1. Selepas diizinkan masuk, hulurkan resume dan dokumen yang berkaitan dengan kedua belah tangan. Usah beri sebelah tangan kerana anda kelihatan seperti tidak bersungguh-sungguh untuk ditemuduga.
  1. Jalan mengundur ke arah kerusi dan minta izin sebelum duduk. Usah duduk sebelum diizinkan. Duduk dalam keadaan menegak sambil menghadap panel. Jangan silang kaki kerana akan kelihatan seperti tidak sopan.
  1. Perkenalkan diri dan latar belakang akademik. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Cakap dengan lantang dan bertenaga.
  1. Mengapa anda pilih bidang Separa Perubatan? Jawapan yang diperlukan ialah bergantung pada bidang latihan yang anda pilih. Rujuk laman ini untuk mendapatkan contoh [letakan link affiliate anda].

Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan

  1. Anda akan disoal mengenai beberapa istilah yang berkaitan dengan Separa Perubatan contohnya body mechanism. Pilih satu tajuk yang mudah dihuraikan seperti blood clotting atau digestive system. Maklumat ini anda boleh cari di internet.
  1. Anda akan diberikan beraneka jenis soalan termasuk soalan yang melibatkan situasi sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia. Contohnya, anda mempunyai masalahdi rumah, dengan keluarga, suami atau anak-anak kemudian di tempat kerja berhadapan pula dengan pelbagai ragam pesakit, bagaimana anda menjalankan tugas bila menghadapi situasi berkenaan?
  1. Soalan-soalan yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti nama Menteri Kesihatan dan nama-nama individu yang berada dalam organisasi tersebut.
  1. Semasa menjawab soalan, elakkan daripada memberikan respon seperti tidak tahu, kurang pasti atau rasa-rasanya. Berikan jawapan sebaik yang boleh. Rujuk kepada fakta yang sahih.
  1. Percakapan anda mestilah selari dengan gerakan tangan. Usah bergerak secara berlebih-lebihan. Ingat bahawa tindak-tanduk anda sedang dinilai.

Kesimpulannya, hadir ke Temuduga Separa Perubatan adalah satu kejayaan kerana anda telah berjaya melepasi tapisan di peringkat awal. Oleh itu anda perlu menghargai sesi temuduga tersebut dengan membuat persediaan awal. Untuk melengkapkan persediaan temuduga Separa Perubatan anda, Daftarkan Diri Anda di Pakej Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sekarang ! Untuk membolehkan anda mendapat Contoh Soalan dan Tips Temuduga.

Comments

  1. says

    I rasa menghadiri ke sesuatu temuduga Separa Perubatan boleh dikatakan merupa satu kejayaan sebab seseorang calon dah berjaya melepasi tapisan pada peringkat awal. Jadi calon yang berjaya melepasi tapisan perlulah menghargai sesi temuduga kemudian dengan membuat persediaan yang mencukupi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *