Temuduga Latihan Separa Perubatan Soalan dan Panduan

Temuduga latihan separa perubatan bertaraf diploma? Anda pening dan risau? Sini Lengkap Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan 2015 untuk anda. InshaAllah dapat menyelesaikan segala masalah anda hanya semudah A B C. Jadi, apa tunggu lagi? Khas untuk anda contoh soalan dan panduan temuduga latihan separa perubatan bertaraf diploma (gabungan 10 latihan).

Temuduga Latihan Separa Perubatan

Kami daripada Arena Kerjaya akan sedaya upaya untuk membantu anda memberikan Soalan Ramalan dan Panduan yang paling dicadangkan untuk anda bagi melayakkan anda melanjutkan pelajaran di dalam bidang Perubatan secara percuma dan terus menjamin kerjaya buat anda.

Hebat bukan ? Tidakkah anda mahu ? Jika ditanya kepada kami. Sudah semestinya kami mahu ! Seandainya peluang ini ada untuk kami.

Temuduga Latihan Separa Perubatan

Jika anda mendapat SMS seperti di atas. Percayalah bahawa anda sudah meletakkan diri anda sebagai Calon Latihan Separa Perubatan dimana anda akan dibayar biasiswa semasa latihan hampir RM900 setiap bulan.

Malah yuran pelajaran anda juga akan ditanggung seratus peratus oleh kerajaan. Disamping itu, anda juga sudah disediakan pekerjaan sebaik saja tamat latihan nanti. Rugi ! Sekiranya anda tidak manfaatkan peluang Temuduga ini. Jom kita lihat Soalan dan Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan.

Temuduga Latihan Separa Perubatan

Apakah Kaedah Penilaian Temuduga Separa Perubatan ?

Sebelum bercerita mengenai Soalan dan Panduan Temuduga Penting untuk anda tahu penilaian temuduga yang bakal anda duduki dalam Latihan Separa Perubatan yang akan dijalankan.

Berikut merupakan kriteria yang ditetapkan oleh penemuduga Separa Perubatan yang pernah diadakan berdasarkan “calon temudugan yang lalu”;

  1. Kelulusan akademik dan kecenderungan intelek

    Kelulusan akademik dan kecenderungan intelek akan dinilai berdasarkan kepada bidang Latihan Separa Perubatan yang anda pilih. Jika anda memilih Latihan Jururawat, maka anda akan ditanyakan soalan yang berkaitan dengan jawatan tersebut. Sila lihat Maklumat Lanjut Gabungan 10 Latihan Separa Perubatan 
  2. Pengetahuan dan minat Pengetahuan dan minat biasanya tentang Latihan Separa Perubatan terutamanya bidang latihan yang dipilih dan pengetahuan tentang kerjaya dalam bidang latihan yang dipilih. Jika anda memilih Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, maka soalan yang bakal ditanya berkait rapat dengan jawatan tersebut.
  3. Pengetahuan am Pengetahuan berkaitan isu-isu semasa umum dalam dan luar negara, pengetahuan berkaitan isu semasa berkaitan kesihatan dan perubatan. Buat persediaan dengan mendapatkan maklumat ini dengan membuat rujukan awal iaitu dengan Pakej Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
  4. Sikap dan perwatakan Kekemasan dan cara berpakaian, disiplin, tingkah laku, keyakinan, kematangan diri, ketabahan, kemesraan, kemampuan bergaul.
  5. Kecerdasan dan kefasihan Menjawab soalan dengan lancar, berfikir secara logikal dan analitikal yang perlu anda kuasai dalam kaedah ini.

Temuduga Latihan Separa Perubatan

Soalan dan Panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Berikut ialah soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan yang ditulis sebagai salah satu persediaan untuk anda menghadapi temuduga tersebut.

1. Sila perkenalkan diri anda calon separa perubatan.

2. Apakah bidang ko-kurikulum yang anda sertai semasa di sekolah dahulu?

3. Mengapa anda berminat nak menceburi latihan separa perubatan?

4. Adakah anda layak menceburi bidang latihan separa perubatan?

5. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat latihan separa perubatan?

6. Bagaimana anda hendak menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan pesakit yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia?

7. Sebutkan bidang-bidang latihan separa perubatan yang kamu tahu.

8. Berikan sekurang-kurangnya 5 nama kolej latihan separa perubatan yang anda tahu.

9. Berikan perbezaan di antara klinik dan hospital.

10. Terangkan apa yang anda faham mengenai Klinik 1 Malaysia?

Mahu Panduan dan Jawapan dari Soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yang lebih banyak

Daftarkan Diri Anda di Pakej Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sekarang ! Untuk membolehkan anda mendapat Contoh Soalan dan Tips Temuduga.

Kaedah Pemilihan Bidang Latihan Separa Perubatan

Ramai calon Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Calon  Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan bertanya kepada kami bagaimanakah Kaedah Pemilihan Bidang Latihan Separa Perubatan yang betul. Jadi sebelum itu apa yang anda perlu tahu adalah lebih 10 bidang latihan Separa Perubatan bertaraf diploma. Sebahagian dari calon mendapat tawaran lebih dari satu bidang.

Latihan Separa Perubatan

Kaedah Pemilihan Bidang Latihan Separa Perubatan ini akan membantu anda untuk membuat pilihan bidang berdasarkan keutamaan. Pemilihan perlu dilakukan dengan tepat dan terbaik agar anda lulus dalam Peperiksaan Separa Perubatan dan dipanggil temuduga sekaligus menjadi pelatih.

Kenapa Anda Perlu Pilih Bidang Latihan Separa Perubatan?

Ia akan menjadi perkara asas untuk panel penemuduga membuat penilaian berkenaan latihan yang anda pilih. Soalan Temuduga Separa Perubatan yang bakal ditanya bergantung pada bidang latihan pilihan anda. 10 Bidang latihan Separa Perubatan bertaraf diploma ini perlu anda pilih berdasarkan ciri-ciri seperti  berikut

  1. Minat anda
  2. Kelayakan anda
  3. Kemahiran yang ada dalam diri anda.

Pilihan yang dibuat awal-awal lagi akan memudahkan anda membuat persediaan. Dengan cara ini anda boleh menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang yang anda pilih. Ada calon yang ditawarkan lebih dari satu bidang latihan. Maka persediaan yang perlu dilakukan ialah menyatakan Apakah pilihan bidang yang anda pilih semasa dipanggil temuduga nanti. Sebagai contoh, anda ditawarkan 3 bidang latihan :

  1. Latihan Juru X-ray
  2. Latihan Jururawat Pergigian
  3. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

Oleh itu anda harus pilih satu bidang yang benar-benar diminati dan boleh dikuasai. Soalan temuduga Separa Perubatan yang bakal ditanya akan berkisar tentang bidang pilihan anda. Beritahu panel penemuduga perkara-perkara yang menyebabkan anda memilih bidang latihan tersebut berbanding latihan-latihan yang lain.

Persoalan Yang Perlu Anda Fikirkan Dalam Latihan Separa Perubatan

Adakah anda berminat untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan dan berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Jika tidak berminat, anda tidak perlu menjawab Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan. Jika anda hadir dan lulus peperiksaan online dan temuduga Separa Perubatan, dikhuatiri anda akan menyusahkan seperti tidak komited dalam pengajian dan cuai menjalankan tugas.

Jika tidak berminat, beri sahaja peluang kepada orang lain untuk memasuki Separa Perubatan. Jika anda memiliki keazaman dan minat yang tinggi untuk memasuki bidang ini, teruskan usaha anda. Sesudah anda menerima panggilan ke peperiksaan online Separa Perubatan, terus buat persediaan dengan pantas. Catit dalam kertas apa pelan tindakan untuk berjaya memasuki bidang Separa Perubatan.

Pelan Tindakan Lulus Latihan Separa Perubatan

Tumpukan perhatian anda kepada 2 seksyen utama dalam peperiksaan online Separa Perubatan iaitu :

  1. Pengetahuan Am Separa Perubatan
  2. Ujian Psikometrik Separa Perubatan

Ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk bersiap sedia bagi menghadapi Peperiksaan Online Separa Perubatan.

1. Mencari maklumat Separa Perubatan di internet. Cara ini agak lambat dan memakan masa. Anda perlu habiskan masa yang banyak untuk mencari dan mengumpulkan maklumat. Itu belum termasuk dengan lambakan atau campuran maklumat yang belum tentu berkaitan dengan Separa Perubatan. Kalau buka Facebook, tak jumpa maklumat Separa Perubatan tapi jumpa pula maklumat lain.

2. Dapatkan ebook Rujukan Separa Perubatan. Anda boleh tutup internet dan tinggalkan Facebook bagi membuat persiapan dengan segera kerana ebook tersebut mempunyai sebahagian besar maklumat yang anda perlukan untuk menghadapi peperiksaan online Separa Perubatan.

Bagaimana Nak Dapatkan Rujukan Latihan Separa Perubatan ?

Anda boleh membuat persiapan untuk peperiksaan online Separa Perubatan dengan mendaftarkan nama dan emel di laman http://profhariz.com/rujukan-peperiksaan-latihan-separa-perubatan/. Selepas mendaftar, semak semula emel anda di bahagian Inbox atau Spam Folder untuk membuat pengesahan.

Link untuk mendapatkan rujukan tersebut hanya akan diberikan menerusi emel. Kegagalan anda untuk mendaftar akan mempengaruhi keputusan untuk mendapatkan rujukan tersebut. ingat, hanya mereka yang serius untuk berjaya akan dapat memiliki ebook Rujukan Separa Perubatan.

10 Tip Temuduga SPA Separa Perubatan

Temuduga Separa Perubatan dibawah kementerian kesihatan malaysia dengan jemputan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Gabungan 10 Latihan)(Semenanjung), Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma (Calon Sarawak), Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma (Calon Sabah), mula berlangsung pada 5 April 2015 – 7 Mei 2015 adalah jumlah kemasukkan yang banyak iaitu hampir 2000 pelajar. Jumlah panggilan untuk menghadiri temuduga ini apa yang pihak kami tahu hampir 50 ribu calon.

Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan
Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan

Tidak hairanlah jika kami menerima permintaan untuk menyediakan Panduan Temuduga Separa Perubatan anda yang baru pertama kali dipanggil ke sesi temuduga terutamanya temuduga untuk kemasukan latihan Separa Perubatan, pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah perjalanan temuduga tersebut.

Sebagai langkah persediaan, kami dari arena kerjaya akan kongsikan tips menghadapi temuduga Separa Perubatan untuk anda. Semoga ianya bermanfaat untuk anda

Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan Yang Perlu Anda Tahu

  1. Masuk ke dalam bilik temuduga dengan meminta izin dari panel penemuduga. Usah masuk tanpa meminta izin atau mengetuk pintu dahulu. Ini adalah cerminan disiplin anda yang perlukan izin dari mereka yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi dari anda.
  1. Selepas diizinkan masuk, hulurkan resume dan dokumen yang berkaitan dengan kedua belah tangan. Usah beri sebelah tangan kerana anda kelihatan seperti tidak bersungguh-sungguh untuk ditemuduga.
  1. Jalan mengundur ke arah kerusi dan minta izin sebelum duduk. Usah duduk sebelum diizinkan. Duduk dalam keadaan menegak sambil menghadap panel. Jangan silang kaki kerana akan kelihatan seperti tidak sopan.
  1. Perkenalkan diri dan latar belakang akademik. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Cakap dengan lantang dan bertenaga.
  1. Mengapa anda pilih bidang Separa Perubatan? Jawapan yang diperlukan ialah bergantung pada bidang latihan yang anda pilih. Rujuk laman ini untuk mendapatkan contoh [letakan link affiliate anda].

Tips Menghadapi Temuduga Separa Perubatan

  1. Anda akan disoal mengenai beberapa istilah yang berkaitan dengan Separa Perubatan contohnya body mechanism. Pilih satu tajuk yang mudah dihuraikan seperti blood clotting atau digestive system. Maklumat ini anda boleh cari di internet.
  1. Anda akan diberikan beraneka jenis soalan termasuk soalan yang melibatkan situasi sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia. Contohnya, anda mempunyai masalahdi rumah, dengan keluarga, suami atau anak-anak kemudian di tempat kerja berhadapan pula dengan pelbagai ragam pesakit, bagaimana anda menjalankan tugas bila menghadapi situasi berkenaan?
  1. Soalan-soalan yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti nama Menteri Kesihatan dan nama-nama individu yang berada dalam organisasi tersebut.
  1. Semasa menjawab soalan, elakkan daripada memberikan respon seperti tidak tahu, kurang pasti atau rasa-rasanya. Berikan jawapan sebaik yang boleh. Rujuk kepada fakta yang sahih.
  1. Percakapan anda mestilah selari dengan gerakan tangan. Usah bergerak secara berlebih-lebihan. Ingat bahawa tindak-tanduk anda sedang dinilai.

Kesimpulannya, hadir ke Temuduga Separa Perubatan adalah satu kejayaan kerana anda telah berjaya melepasi tapisan di peringkat awal. Oleh itu anda perlu menghargai sesi temuduga tersebut dengan membuat persediaan awal. Untuk melengkapkan persediaan temuduga Separa Perubatan anda, Daftarkan Diri Anda di Pakej Rujukan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sekarang ! Untuk membolehkan anda mendapat Contoh Soalan dan Tips Temuduga.