Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN

Seperti yang ditunggu-tunggu, anda kini dipanggil menduduki peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41. Sebelum bermula panjang, mari kita raikan dengan ucapan tahniah sebagai motivasi diri.

Apapun, perjalanan anda masih panjang. Ayuh, persiapkan diri anda dengan panduan dan contoh soalan yang dikongsikan dalam artikel ini. Panduan begini sangat membantu anda bersedia dengan yakin bentuk soalan yang bakal ditanya. Artikel ini disediakan sebagai Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41. Kandungannya disemak dan sentiasa dikemas kini agar anda mendapat info yang terkini. Untuk makluman peperiksaan online merupakan saringan pertama sebelum dipanggil temuduga, jadi buatlah sehabis baik supaya anda lulus cemerlang dan terpilih ke peringkat seterusnya.

Mengikut maklumat SPA, peperiksaan Online bagi jawatan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh Peperiksaan: 20 September 2017 (Rabu)

Masa: 0800 PM sehingga 1020 PM

lhdn41_1

Terdapat sedikit perubahan format pada peperiksaan kali ini iaitu penambahan seksyen. Berbanding peperiksaan lepas, hanya dua (2) seksyen iaitu seksyen A dan seksyen B.  Bahagian C yang baru ditambah ini mempunyai dua ujian Kefahaman Bahasa Melayu dan Kefahaman Bahasa Inggeris.

Kesemua calon dikehendaki menjawab soalan mengikut kategori dan format seperti berikut :

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am (40 minit)
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit)
  3. Seksyen C– Kefahaman Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris (20 minit)

 

Penerangan Format Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Seperti peperiksaan online kemasukan yang lain, peperiksaan ini menilai kemahiran berfikir calon dalam menginterpretasi maklumat yang diperolehi melalui latar belakang akademik, bacaan dan pengalaman.

Calon perlulah menajamkan kemahiran dan pengetahuan multidisiplin kerana peperiksaan online begini berbentuk umum, mengambil kira faktor ia diduduki oleh calon-calon daripada pelbagai bidang.

Secara umumnya, objektif peperiksaan ini untuk menyaring calon-calon yang bukan saja layak dari aspek akademik tetapi juga mempunyai kematangan fikiran dan serba boleh sesuai dengan ciri seorang Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41.

Peperiksaan ini melibatkan tiga kertas berasingan. Setiap kertas adalah sama penting untuk prestasi mengukur calon. Anda dinasihatkan supaya memberi fokus yang seimbang kepada ketiga-tiga seksyen supaya mendapat markah yang tinggi.

Seksyen A – Pengetahuan Am (40 minit)

Dalam seksyen ini calon akan diuji pengetahuan am mencakupi dasar-dasar awam, isu dan perkembangan sosio politik semasa negara dengan penekanan kepada aspek bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi dan yang berkaitan.

Tempoh:  40 minit

Jumlah soalan: 50

Markah: 30

Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit)

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

  • Kemahiran Logik
  • Kemahiran Menginterpretasikan Data
  • Konsep Matematik

Tempoh: 45 minit

Jumlah Soalan: 40 soalan

Markah: 30

 

Contoh Soalan

a) Kemahiran logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

b) Kemahiran Menginterpretasikan Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan

Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

  1. 20 orang
  2. 40 orang
  3. 60 orang
  4. 80 orang

Jawapan:  B

Teknik menjawab:

Jumlah Penurunan Pelancong = 40/100 x 400 = 160

Jumlah Pelancong Bulan April = 400 – 160 = 240

Pelancong tempatan             = 1/3 x 600 = 200

Beza pelancong Bulan April = 240 – 200 = 40

 

c) Konsep Matematik

Konsep  Matematik  yang  digunakan  termasuklah  algebra  dan  geometri. Soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia), jadi usah bimbang sangat dengan teori kompleks. Ternyata soalan lazimnya berbentuk penyelesaian yang asas.

Contoh Soalan

Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.

Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris

Seksyen C merupakan satu seksyen baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Soalan berbentuk objektif adalah berdasarkan teks yang diberikan. Kemahiran yang diperlukan di sini ialah pemahaman teks. Pilihan jawapan yang diberikan hampir sama, anda memerlukan lebih ketelitian dalam membuat penilaian.

Paling penting dalam seksyen ini ialah pembahagian masa menjawab soalan. Purata kurang satu minit untuk setiap soalan dan tidak termasuk masa untuk membaca dan memahami teks yang diberikan.

Kemahiran pemindahan maklumat, tatabahasa, dan kosa kata merupakan penekanan yang utama untuk menjawab soalan ini.

Tempoh: 20 minit

Jumlah Soalan: 20 soalan

Contoh soalan:

Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Persediaan Sebelum Menduduki Peperiksaan

Pihak Suruhanjaya Perkhimatan Awam akan memaklumkan calon sebulan lebih awal dari tarikh peperiksaan melalui surat, sms ataupun email.  Selain itu semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPA.

Seperti kebiasaan sebelum menduduki peperiksaan, semaklah butiran yang penting seperti berikut:

  1. Tarikh dan masa peperiksaan online dijalankan
  2. Nama jawatan yang anda di panggil
  3. Nombor angka giliran anda
  4. Link/pautan web peperiksaan online

Pengetahuan dan isu-isu semasa

Sebelum menduduki peperiksaan online, ada baiknya anda mengetahui maklumat jawatan peperiksaan yang bakal diduduki. Dapatkan maklumat seperti skop kerja jawatan peperiksaan yang dipohon, latar belakang kementerian mahupun agensi tersebut. Selain itu semak jika ada perubahan terkini bagi menteri kementerian berkaitan termasuklah jawatan-jawatan rasmi kerajaan seperti menteri kabinet, Raja-Raja, Permaisuri dan Yang di Pertuan Agong.

Persiapkan mental dan fizikal

Faktor persediaan mental dan fizikal memainkan peranan dalam kecemerlangan menduduki peperiksaan. Pastikan kesihatan tubuh badan dan emosi dalam keadaan baik menjelang dan ketika hari peperiksaan berlangsung. Sebaiknya maklumkan kepada keluarga atau mereka yang terdekat berkenaan peperiksaan yang bakal anda duduki ini supaya anda mendapat sokongan yang diperlukan. Jika anda berkerja ada baiknya anda mengambil cuti supaya anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya tanpa gangguan.

Persediaan semasa peperiksaan online SPA

Semasa peperiksaan online SPA, anda boleh membawa bahan rujukan semasa menjawab soalan peperiksaan. Tiada masalah jika anda ingin membuat nota ringkas untuk rujukan, dan sediakan kalkulator untuk menjawab soalan matematik.

Sambungan internet yang baik  

Usah pandang remeh persediaan sambungan internet ketika menduduki peperiksaan. Rancanglah di mana anda akan mendudukinya dengan mengambil kira sambungan internet yang stabil dan suasana persekitaran yang kondusif. Ini termasuklah memastikan komputer yang digunakan ketika menjawab peperiksaan dalam keadaan baik. Semua faktor ini tentunya mempengaruhi tumpuan anda ketika sedang bertarung dengan masa ketika peperiksaan berjalan.

Kenapa Wajib LULUS PEPERIKSAAN dan Apakah Kelebihan Bekerja di Sektor Awam Kerajaan

Diharap kandungan dan panduan di dalam artikel ini membantu anda bersedia menjawab peperiksaan dengan baik dan seterusnya lulus peperiksaan ini. Ingat, kejayaan anda lulus peperiksaan ini adalah tiket untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Ia ibarat tangga-tangga untuk hampir mencapai impian anda.

Tiada jalan pintas untuk berjaya bergelar kakitangan awam. Sektor ini penuh dengan persaingan sengit dan menjadi sebahagian kakitangan awam membuktikan anda adalah terbaik dari kalangan yang terbaik.

Apakah Kelebihan Bekerja di Sektor Awam Kerajaan?

Bergelar penjawat awam menjadi impian dan ramai orang. Apa tidaknya, kerjaya dalam sektor awam kerajaan menjanjikan banyak keistimewaan berbanding sektor lain. Pun begitu, usaha menempatkan diri dalam sektor ini berdepan persaingan yang sengit antara calon bagi memastikan hanya yang benar-benar layak saja terpilih.

Sektor Awam lebih stabil dan kukuh

Dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar kini banyak pendiri sektor swasta yang  tidak dapat kekal di dalam industri. Banyak syarikat gergasi gulung tikar dan terpaksa mengecilkan operasi. Akibatnya ramai kakitangannya  yang hilang pekerjaan

Kakitangan awam terutama berstatus tetap tidak berdepan risiko ini dan jaminan ini menjadi sandaran kestabilan mata pencarian.

Elaun rumah dan Elaun sara diri

Sektor awam memperuntukkan elaun rumah bulanan untuk kakitangannya mengikut gred dan tangga gaji. Ini menjadi satu kelegaan terutama ketika harga pasaran hartanah yang semakin tinggi. Selain itu, kemudahan kuarters memberi kemudahan penginapan kepada penjawat awam tanpa perlu terikat dengan sewa rumah yang  mahal. Bagi kakitangan yang layak pula Skim perumahan yang disediakan, kakitangan awam dapat bernafas lega Inisiatif kerajaan mewujudkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) memberi peluang kepada kakitangan yang mencapai impian memiliki kediaman sendiri.

Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Elaun Sara Diri

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pemberian elaun sara diri atau COLA memberi kelegaan  kepada kakitangan awam mengikut lokaliti penempatan bertugas. Elaun ini meringankan perbelanjaan bulanan isi rumah.

Faedah perubatan untuk diri dan mereka tersayang

Tidak dinafikan ini antara faktor yang mendorong ramai orang berusaha keras bergelar penjawat awam.

Kakitangan awam diberi kelebihan dari aspek perkhidmatan kesihatan yang lebih baik untuk diri dan keluarga berbanding orang awam. Antaranya keistimewaan kos rawatan dengan GL (surat jaminan) dan penempatan wad mengikut gred perkhidmatan.

Menjadi kakitangan awam bukan saja menjamin faedah ketika dalam berkhidmat malahan ketika hari tua dengan skim perubatan melalui keistimewaan kad pesara kerajaan.

Bonus Tetap Khidmat Awam

Tanpa gagal, kerajaan sentiasa berusaha memperuntukkan bayaran bonus tetap kepada kakitangan awam pada setiap tahun. Pemberian bonus ini meraikan sumbangan mereka selain menyuntik semangat untuk berkhidmat lebih cemerlang lagi. Nah, siapa yang tidak suka dapat bonus bukan?

Mudah membuat pinjaman

Ini kedengaran tipikal tetapi ya, itulah hakikatnya. Bergelar kakitangan awam menjadi antara faktor penting pertimbangan institusi kewangan memberi kelulusan pinjaman. Malah banyak institusi menawarkan skim khas untuk kakitangan kerajaan sahaja.

Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Faedah Cuti

Faedah cuti di sektor kerajaan lebih fleksibel. Kakitangan awam mendapat pelbagai keistimewaan cuti berdasarkan gred perkhidmatan. Pengenalan cuti bersalin pilihan sehingga tiga bulan antara faedah yang menarik bagi pekerja wanita. Selain itu pelbagai jenis cuti yang dapat menjaga kebajikan pekerja awam ditawarkan ini termasuklah antaranya cuti tanpa gaji, cuti kuarantin dan cuti menyambung pengajian.

Kemudahan Pinjaman

Kakitangan kerajaan menikmati banyak kemudahan pinjaman seperti pinjaman perumahan, kenderaan dan pendidikan. Jadi tidak hairan ramai yang memohon kerjaya di sektor awam kerana semua kemudahan ini untuk kesenangan di hari depan.

Kemudahan Simpanan Hari Tua

Inilah jaminan yang diidamkan semua yang ingin memasuki sektor awam. Selain dicarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, kakitangan awam boleh memilih untuk menerima pencen selepas persaraan. Faedah lain selepas persaraan termasuklah pencen terbitan, bayaran pra gratuiti dan pelbagai kemudahan lain. Walaupun sudah tidak lagi berkhidmat kebajikan anda tetap dijaga kerajaan. Menarik, bukan?

Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Peluang Untuk Menyambung Pendidikan

Berkhidmat di sektor kerajaan memberi ruang kepada anda untuk menyambung pengajian tanpa meninggalkan jawatan sedia ada. Sektor kerajaan lebih mesra pekerja dalam aspek ini sebagai contoh kelonggaran cuti sambil belajar (sabatikal) bergaji malah dalam bidang pendidikan pengajian anda mungkin berpeluang dibiayai sepenuhnya.  

Kelebihan Bekerja sebagai Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Seperti yang dihuraikan banyak kelebihan bekerja di sektor awam, ini menjadikan jawatan kosong di perkhidmatan awam seperti yang ditawarkan di LHDN ini sentiasa diburu oleh ramai mahasiswa dan orang awam. Kali ini, Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 menjadi pilihan ramai kerana banyak bidang yang boleh diceburi antaranya :

Bidang Tugas Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri – LHDN

  • Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41
  • Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41
  • Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 41
  • Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 41

Usah bertangguh mempersiapkan diri anda. Dapatkan Panduan Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41. Bertindaklah sekarang dan lakarkan impian anda tanpa ragu dengan bantuan panduan yang disediakan.  

 


Dapatkan Panduan Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred

Adakah anda ingin membuat persediaan yang rapi dan menyeluruh supaya anda dapat menempuhi Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 dengan cemerlang? Adakan anda ingin mengetahu apakah format-format, contoh-contoh soalan serta bagaimana untuk menjawab soalan-soalan berikut semasa peperiksaan berlangung nanti?

Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Usah buang masa anda lagi untuk mencari jalan penyelesaiannya sekiranya anda belum menjumpainya lagi. Masa amat suntuk dan anda perlu bertindak sekarang. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 anda.

TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !

 

Testimoni Pelajar Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Peperiksaan Online SPA

Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Rujukan Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *