Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir merupakan peperiksaan yang mendapat permintaan yang sangat tinggi. Persaingan dalam menghadapi peperiksaan ini adalah sangat tinggi kerana jumlah calon yang bakal menduduki peeriksaan mencecah 50,000 orang. Oleh itu, calon perlu menunjukkan prestasi sehabis baik semasa peperiksaan bagi memastikan lulus dalam persaingan bersama puluhan ribu calon lain sebelum di panggil untuk ke peringkat pemilihan seterusnya.

Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Salah satu persediaan yang boleh dilakukan adalah dengan menjawab contoh-contoh soalan yang lepas. Dengan menjawab soalan-soalan ini, calon akan mempunyai gambaran awal tentang soalan yang bakal dijawab. Salah satu punca kegagalan calon adalah tidak membuat persiapan awal seperti tidak berusaha mencari contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 tahun-tahun sebelumnya.

Berbekalkan pengalaman sebagai calon peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29, Prof Hariz tampil dengan usaha untuk membantu calon Penolong Pegawai Tadbir lulus peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Pelbagai contoh soalan terdahulu akan dikongsikan bersama anda. Untuk pengetahuan anda, format Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 terdiri daripada 2 seksyen yang perlu dijawab iaitu:

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN SEKELILINGNYA

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan Dijangkakan: 50 Soalan

Seksyen ini bertujuan untuk menguji tahap kesedaran calon terhadap perkara atau isu yang berlaku di dalam dan luar Malaysia. Topik yang perlu calon kuasai secara umum termasuklah hal dan isu berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan am.

Seksyen A Penolong Pegawai Tadbir

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan Dijangkakan: 40

seksyen-b-penolong-pegawai-tadbir

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Soalan dibahagian ini memerlukan calon untuk menyelesaikan menginterpretasi data yang diberikan.Data perangkaan perlu dianalisa bagi menyelesaikan masalah yang diberikan. Sebagai contoh, calon perlu menginterpretasi graf dan jadual yang diberikan bagi mendapatkan jawapan sebenar.

iii) Konsep-konsep Matematik

Soalan dibahagian ini pula hanya memerlukan asas matematik peringkat SPM sahaja. Konsep matematik yang diperlukan lebih kepada asas algebra dan geometri. Oleh itu, calon tidak perlu risau jika anda bukan merupakan siswazah dalam bidang matematik.

Dapatkan Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir Sekarang!

Begitulah serba sedikit contoh-contoh soalan  Penolong Pegawai Tadbir N29 yang akan anda hadapi pada exam online 5 December 2016 nanti. Contoh-contoh yang  dibawakan ini bukanlah soalan sebenar tapi ia adalah sekadar contoh berdasarkan pengalaman calon-calon yang pernah menghadiri sesi peperiksaan SPA sebelum ini.

Alhamdulillah saya telah membantu ramai calon untuk lulus dalam peperiksaan ini. Anda boleh lihat testimoni mereka di profhariz.com. Anda juga boleh membaca tentang pengalaman saya sebagai calon exam PTD dan pengajaran terbesar yang saya dapat semasa menduduki peperiksaan tersebut.

Selain daripada itu, pelbagai tips menjawab soalan pengetahuan am dan menyelesaikan masalah dengan mudah akan diberikan. Contoh-contoh soalan dan info terkini berkaitan bagi menghadapi Peperiksaan  Penolong Pegawai Tadbir N29 juga boleh didapati di profhariz.com secara PERCUMA.

Sila klik link berikut untuk mendapatkan kesemua rahsia mengenai peperiksaan PTD dengan segera http://profhariz.com/contoh-soalan-penolong-pegawai-tadbir-gred-n29/  Selamat Berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *