Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29

Sekiranya anda adalah salah seorang calon yang terpilih untuk menduduki peperiksaan online untuk jawatan pegawai kawalan trafik udara gred A41/ A29, tahniah saya ucapkan kepada anda. Anda bakal memasuki satu lagi fasa pekerjaan yang baharu dan juga anda bakal menggalas tanggungjawab yang lebih besar serta cabaran yang berlainan dari jawatan yang anda pegang sekarang. Anda layak menduduki peperiksaan online yang disebutkan sekiranya paparan skrin seperti di bawah ditunjukkan setelah anda memasukkan nombor kad pengenalan anda di dalam laman sesawang berikut.

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Jika anda masih belum menyemak kelayakan anda untuk menduduki peperiksaan online pegawai kawalan trafik udara gred A41/A29 ini, anda boleh melakukannya dengan menekan link di bawah dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

http://e-semakanbcc.spa.gov.my/pktu

Peperiksaan online ini akan dijalankan pada 03 Oktober 2017 jadi masih ada masa untuk anda mengulang kaji ataupun membiasakan diri anda dengan soalan – soalan yang bakal ditanya di dalam peperiksaan online ini. Saya akan kongsikan beberapa contoh soalan dan jawapan di bawah supaya anda dapat bersedia dengan lebih baik ketika anda menjawab soalan peperiksaan online bagi jawatan ini.

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Syarat-Syarat Lantikan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Sebelum berpindah kepada contoh soalan dan jawapan, pastikan anda memenuhi syarat -syarat lantikan bagi jawatan ini. Syarat – syarat lantikan bagi jawatan Pegawai Kawalan Trafik Kawalan Udara Gred A41/A29 adalah;

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)

(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji Permulaan pada Gred A41 : RM2,325.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred A41 : RM2,635.65)

dan

(d)

(i) Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains serta Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(ii) lulus Ujian Kecenderungan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik;

(iii) lulus pemeriksaan doktor untuk memastikan bahawa calon mempunyai tubuh badan yang sihat, pendengaran yang baik, penglihatan yang terang dan boleh mengenal dan membezakan warna seperti yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan; dan

(iv) tamat dengan jayanya kursus pra perkhidmatan di Kolej Penerbangan Awam Malaysia dalam bidang Area Control dan mendapat Area Control Rating.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

  1. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) lulus kursus Area Control dan mendapat Area Control Rating; dan

(b) had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Contoh Soalan Dan Jawapan Bagi Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/A29

Anda harus mengetahui tentang format peperiksaan yang bakal anda duduki jika anda tidak mahu panik ketika menjawab soalan yang diberikan.

Peperiksaan online ini akan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu;

Seksyen A

  1. Masa: 08:00 PM – 08:40 PM
  2. Jenis soalan: Pengetahuan Am
  3. Amaun Soalan: 50 soalan

Seksyen B

  1. Masa: 08:55 PM – 09:40 PM
  2. Jenis soalan: Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Amaun Soalan: 40 soalan

 

Seksyen A: Pengetahuan Am

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Kebanyakan soalan yang ada di seksyen A akan menguji pengetahuan anda tentang negara Malaysia dan juga perkara sekeliling.

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara. Soalan tentang pengetahuan am ini pasti akan termasuk pengetahuan tentang skop kerjaya anda sebagai pegawai kawalan trafik udara jadi pastikan anda melakukan persediaan dengan membaca sedikit sebanyak tentang negara kita dan juga skop kerjaya anda.

Contoh Soalan Dan Jawapan Seksyen A: Pengetahuan Am bagi Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/A29

  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga dikenali sebagai
  1. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra
  2. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
  3. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah
  4. Lapangan Terbang Antarabangsa Tengku Ibrahim

Jawapan : B

  1. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut kecuali

A menjana sinergi multisektor.

B berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik.

C membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

D memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan

Sosial.

Jawapan : B

  1. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah

I pengurusan menopaus.

II saringan kanser reproduktif.

III ujian makmal yang komprehensif.

IV perkhidmatan perancang keluarga.

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D I, II, III dan IV

Jawapan : D

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan

menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data

(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilihjawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

Contoh Soalan dan Jawapan Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah bagi Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29

  1. 30, 32, 36 , X , 60, 92

Apakah X?

  1. 38
  2. 40
  3. 44
  4. 48

Jawapan : C

  1. Rajah di atas menunjukkan satu nombor perpuluhan. Berapakah hasil tambah digit 3 dan 7 dalam nombor di atas?
  1. 300.7
  2. 30.7
  3. 3.07
  4. 3.7

Jawapan : C

  1. Jika 16 X 16 X 16 = 8 X 8 X P,       jadi P = ?

A 4

B 8

C 48

D 64

Jawapan: D

Kenapa Anda Perlu Lulus Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/A29?

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Untuk mendapatkan jawatan sebagai seorang pegawai kawalan trafik udara bukanlah sesuatu yang mudah, anda perlu berusaha dengan lebih kerana ruang kekosongan jawatan adalah terhad. Anda perlu lulus peperiksaan online ini kerana anda akan dapat menjawat jawatan yang lebih tinggi di mana anda dapat menimba pengalaman yang baru dan tidak lupa juga kenaikan gaji serta elaun yang lebih tinggi serta mudah mendapat pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat dan juga kerajaan. Jika anda lulus peperiksaan online bagi jawatan ini anda bakal menggalas tanggungjawab yang lebih besar serta memegang amanah sebagai pegawai kawalan trafik.

Kelebihan Bekerja Sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/A29 di Bawah Sektor Kerajaan

  • Elaun Yang Banyak

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Lebih tinggi jawatan anda, lebih tinggi elaun yang anda akan dapat. Elaun – elaun yang diberikan dapat mengurangkan beban anda di dalam sesuatu perkara seperti kos pengangkutan dan juga kos – kos yang lain sekiranya anda ditempatkan di kawasan – kawasan yang asing bagi anda. Antara elaun yang anda akan dapat adalah elaun rumah dan juga elaun sara hidup.  Elaun sara diri atau lebih dikenali sebagai COLA pula diberikan untuk anda yang tinggal di kawasan yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Jadi, pastikan anda lulus peperiksaan ini ya!

  • Gaji Yang Lebih Tinggi

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Gaji permulaan bagi jawatan pegawai kawalan trafik udara gred A41 adalah RM 2335 / RM 2635.65 mengikut kelayakan anda dan gaji yang ditawarkan adalah agak tinggi berbanding jawatan – jawatan lain. Gaji ini hanyalah merupakan gaji pokok yang tidak termasuk elaun dan gaji pokok anda akan dinaikkan secara berkala dan anda dapat hidup dengan lebih selesa.

  • Hubungan Kerja Yang Holistik

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Pekerjaan sebagai pegawai kawalan trafik udara membolehkan anda untuk menjalinkan hubungan kerja dengan pelbagai sektor – sektor kerajaan yang lain. Anda boleh menambahkan kenalan serta menimba pengalaman dengan orang – orang yang datang dari pelbagai jenis pekerjaan. Antara hubungan kerja anda adalah termasuk:

Dalaman

  1. Bekerjasama dan bertolak ansur dalam membuat sebarang keputusan mengenai operasi penerbangan di antara semua perkhidmatan/ bahagian/ unit terlibat.
  2. Bekerjasama di antara pihak penyelenggaraan sistem kawalan trafik udara.

Luaran

  1. Pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB), syarikat penerbangan, agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan penerbangan.
  2. Kementerian/ Jabatan di peringkat Persekutuan seperti Meteorologi, Kastam, Imigresen, Polis dan individu yang berurusan.
  • Pelbagai Kemudahan Yang Ditawarkan

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Bekerja di sektor kerajaan adalah sesuatu perkara yang amat menguntungkan. Sekiranya anda dapat menjawat jawatan pegawai kawalan trafik udara, anda bakal menerima kemudahan – kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia seperti berikut;

  • Kemudahan Cuti
  • Kuarters Kerajaan
  • Rawatan Perubatan
  • Pinjaman Kewangan – rumah, kenderaan dan komputer
  • Subsidi menyertai kelab rekreasi
  • Tambang mengunjungi wilayah asal
  • Bayaran pakaian istiadat
  • Faedah Persaraan

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Untuk memastikan anda dapat menjamin keselamatan dan kesihatan anda di hari tua, anda perlu bekerja di sektor kerajaan. Hal ini kerana,  kerajaan Malaysia akan memastikan sesiapa yang berkhidmat bersama mereka akan mendapat pelbagai ganjaran untuk simpanan mereka di hari tua. Faedah persaraan yang anda dapat adalah ganjaran, pencen bulanan, ganjaran gantian cuti rehat dan rawatan perubatan. Jadi, anda tidak perlu risau akan kewangan dan kesihatan anda apabila anda telah mencapai umur untuk bersara.

Panduan Lengkap Skema dan soalan Peperiksaan Pegawai Trafik Kawalan Udara Gred A41/A29

Pelbagai rujukan yang boleh didapati untuk lulus peperiksaan ini. Malah, pelbagai tip untuk lulus peperiksaan dan contoh soalan ada disediakan. Calon hanya perlu kaji atau baca sahaja rujukan yang diberikan untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Pegawai Trafik Kawalan  Udara Gred A41 dan Penolong Pegawai Trafik Kawalan Udara A29

Pakej ini mengandungi Contoh soalan Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara, tip-tip dan panduan untuk anda menjawab soalan ini secara online dengan lengkap sekali.

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Dapatkan segera Panduan Lengkap ini sekarang!! Tekan link www.profhariz.com/tipspktu (012-5336713) ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG ! atau boleh terus ke https://t.me/pegawaitrafikkawalanudara (Channel Telegram)

Oleh itu, calon bolehlah membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Panduan yang diberikan sememangnya berkaitan dengan topik peperiksaan yang berkemungkinan akan keluar dalam exam tersebut.

Jangan risau, skema dan cara menjawab soalan yang bakal keluar nanti juga akan ditunjukkan agar anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Pegawai Trafik Kawalan  Udara Gred A41 dan Penolong Pegawai Trafik Kawalan Udara A29. Dalam rujukan ini juga ada diselitkan tugas-tugas seorang Pegawai Trafik Kawalan  Udara Gred A41 dan Penolong Pegawai Trafik Kawalan Udara A29 agar anda tahu akan tugas kerja yang bakal anda galak nanti.

Testimoni Pelajar Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29

Beribu-ribu calon telah berjaya menghadapi peperiksaan online setelah mendapatkan rujukan lengkap dan contoh yang diberikan sebelum menduduki peperiksaan. Sekiranya anda berusaha dan mengikut panduan yang betul, sudah pastinya kejayaan milik anda.

Panduan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara
Bukan mudah nak masuk kerja kerajaan jika tiada persediaan memang tipis juga harapan untuk diterima. Jangan risau kerana ada panduan yang lengkap untuk anda jadikan rujukan menduduki temuduga nanti. Semoga Berjaya!

TEKAN LINK www.profhariz.com/tipspktu (012-5336713) ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG ! atau boleh terus ke https://t.me/pegawaitrafikkawalanudara (Channel Telegram)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *