Program Karnival Kerjaya Peringkat Daerah Kulim

Dimaklumkan Pejabat Tenaga Kerja Kulim akan mengadakan Program Karnival Kerjaya Peringkat Daerah Kulim seperti  di butiran berikut:

Tarikh         : 13 September 2015 (Ahad) 
Masa          : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat      : Dewan Ibn Hazm, UniKL Msi
(Bertentangan Politeknik Kulim)

Sehubungan dengan itu, saudara/saudari dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Pelbagai jawatan juga ditawarkan bagi saudara/saudari yang masih mencari pekerjaan atau yang ingin meningkatkan peluang kerjaya. Sila berpakaian kemas dan membawa foto, salinan sijil/dokumen yang secukupnya. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 04-4906566/ 4917817.

Terima kasih

Open Interview SL1M – MAHB Airport Apprentice (13 August 2015)

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kini sedang mencari graduan yang berminat dan menepati kriteria yang ditentukan untuk menyertai Program SL1M bersama MAHB. Sila rujuk iklan di bawah untuk maklumat lanjut.

Open Interview SL1M - MAHB Airport Apprentice
Open Interview SL1M – MAHB Airport Apprentice

Graduan yang berminat dijemput hadir bagi sesi temuduga tersebut dan sila emelkan Nama, No Kad Pengenalan dan Telefon kepada sharifah.syed[@]epu.gov.my dengan tajuk “SL1M-MAHB“. Sila war-warkan kepada rakan anda yang berminat & Jangan Lepaskan Peluang Ini!!!

Karnival Kerjaya & Hari Mesra Pelanggan Negeri Perlis 2015

Anda orang Perlis? Jangan lepaskan peluang anda untuk hadir ke “Karnival Kerjaya & Hari Mesra Pelanggan Negeri Perlis 2015” pada 1 Ogos ini. Jangan lupa bawa resume anda sebagai persediaan.

Karnival Kerjaya & Hari Mesra Pelanggan Negeri Perlis 2015
Karnival Kerjaya & Hari Mesra Pelanggan Negeri Perlis 2015

PS : Ini adalah makluman umum dari halaman rasmi SPA. Kami turut menghebahkan untuk membantu anda mendapat manfaat daripada karnival ini. Semoga ia bermanfaat untuk anda.