Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41 Terkini

Dah dapat tawaran menduduki peperiksaan bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 tapi tertanya-tanya apakah bentuk soalan-soalan yang bakal ditanya? Tercari-cari rujukan yang tepat dan terkini bagi contoh-contoh soalan berkaitan peperiksaan PTD? Sebelum saya kongsikan kepada anda bahan rujukan yang boleh membantu, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada anda yang layak. Bukan senang nak dapat tawaran pekerjaan seumpama ini, jadi saya ucapkan selamat maju jaya kepada anda.

exam ptd 2016 terkini

Apakah Tugas PTD?

Menurut deskripsi tugas yang disediakan oleh SPA, tugas hakiki seorang PTD ialah :

“Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.”

ptd exam

Peperiksaan PTD.

Sebelum layak dipanggil untuk sesi temuduga, anda perlu menduduki peperiksaan terlebih dahulu. Peperiksaan ini ialah tapisan awal bagi memastikan anda betul-betul layak untuk dipanggil ke sesi temuduga. Jadi, amatlah penting untuk anda lulus dalam peperiksaan awal ini.

 

1) Lulus Exam —> 2) Temuduga —> 3) Saringan Akhir —> 4) Menjadi Pegawai PTD M41



Punca Calon GAGAL dalam “Peperiksaan Online PTD – Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 adalah berpunca daripada kekalutan atau tidak bersedia dengan contoh soalan pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah, soalan psikometrik yang sangat mengelirukan atau disebabkan oleh faktor yang lain.

Format Soalan Peperiksaan PTD.

Format untuk peperiksaan 2016  ini adalah format terbaru peperiksaan Gred M41.  Jika sebelum ini peperiksaan berkisar kepada dua penilaian utama iaitu berkaitan pengetahuan Am dan daya menyelesaikan masalah, format kali ini ditambah dengan seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik.


Seksyen A: Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan
Alam Sekeliling.

  • Tempoh : 40 minit
  • Jumlah soalan : 50 soalan 

    Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah.

  • Tempoh : 45 minit
  • Jumlah soalan : 40 soalan

Huraian Format

Seksyen A : Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.

Pada Amnya, seksyen ini bertujuan untuk menguji para calon tentang kepekaan terhadap isu-isu semasa yang berlaku dalam dunia. Pada khususnya pula, untuk menguji pengetahuan calon terhadap isu di dalam negara kita iaitu Malaysia.

Contoh Soalan Seksyen A.

Contoh Soalan Seksyen A Exam PTD

Contoh_Soalan_Seksyen_A_Exam_PTD_1.png

Tips : Soalan KHUSUS berkaitan jawatan (PENTING!)

Untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, seharusnya ada soalan berkaitan jawatan dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik serta Perkhidmatan Awam.

Juga bidang-bidang perlaksanaan khas Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Ianya khusus untuk menguji kepekaan pemohon terhadap kementerian/jabatan terlibat. Buat persediaan khusus tertumpu pada pecahan ini.

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah.

Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan analisis data serta konsep Matematik yang hanya merangkumi silibus SPM.

Dipecahkan kepada 4 bahagian, iaitu :

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Contoh soalan :

Contoh_Soalan_Seksyen_B_Exam_PTD

Contoh_Soalan_Seksyen_B_Exam_PTD_1

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda yang bakal menghadapi peperiksaan nanti. Saya doakan anda berjaya di masa hadapan. Dan jangan lupa dapatkan panduan dan rujukan daripada profhariz di http://profhariz.com/exam-ptd/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *