11 Tips Lulus Exam Online Pegawai Penerangan S41

Beberapa hari lagi Peperiksaan Online Pegawai Penerangan S41 akan berlangsung. Semestinya anda yang telah berjaya dan diminta untuk menghadiri peperiksaan ini akan  tercari-cari tips untuk menduduki berserta lulus di dalam peperiksaan ini bukan? Perkara sebegini memang amat merisaukan bagi setiap orang.

Exam Online Pegawai Penerangan S41

Walaupun sesetengah daripadanya pernah menduduki peperiksaan sektor kerajaan seperti ini tapi setiap kali panggilan peperiksaan, anda tidak akan lari dari berasa risau, runsing serta gementar . Dalam beberapa harini ini segala sumber dicari untuk mengetahui pelbagai bentuk soalan, “trick” soalan serta skop yang soalan yang bakal dijawab.

11 Tips Semua Calon Pegawai Penerangan S41 Nak Tahu !

Namun, sesetangah daripada anda mahu tips yang lebih padat dan ringkas untuk lulus peperiksaan Pegawai Penerangan S41 ini. Nah, ini 11 tips yang bakal dikongsi bersama.

  • Skop kerja

Tips Lulus Exam Pegawai Penerangan Skop Kerja

Sebelum anda menduduki peperiksaan, anda hendaklah mengetahui skop kerja Pegawai Penerangan S41 ini terlebih dahulu. Konsep ini sama sahaja seperti di mana-mana institusi yang anda mohon. Anda perlu ketahui latar belakang syarikat/kementerian/jabatan yang anda mohon. Anda juga perlu mengetahui tanggungjawab yang bakal anda galas jika anda terpilih untuk menjadi Pegawai Penerangan S41 ini. Jika tidak, anda akan berasa kosong serta tidak memahami konsep kerja dan skop liputan kerja anda kelak. Anda boleh semak dibahagian perjawatan di SPA atau anda boleh layari laman web Jabatan Penerangan Malaysia.

  • Objektif jabatan

Tips Lulus Exam Pegawai Penerangan

Klik bahagian “Mengenai” di laman web ini dan soroti satu persatu perihal jabatan ini dengan mendalam. Lebih-lebih lagi bahagian “objektif”jabatan secara umum dan operasi. Fahami maksud dan tujuan kementerian/jabatan ini ditubuhkan terlebih dahulu. Ini akan membuatkan anda lebih memahami tujuan dan peranan anda kelak.

  • Perkhidmatan yang ditawarkan

Tips Lulus Exam Pegawai Penerangan

Selepas itu, perhalusi satu persatu cabang pautan yang disediakan. Disitu anda akan mendapat pelbagai maklumat dan info terkini mengenai segala aktiviti, perlaksaan serta penaiktarafan jabatan. Ada soalan yang ditanya mengenai cabang/slogan perkhidmatan yang ditawarkan di web serta perlaksanaannya. Jadi jika anda telah mengetahuinya ini merupakan bonus bagi anda!

  • Ulangkaji isu 6 bulan sebelum

Tips Lulus Exam Pegawai Penerangan

Biasanya soalan telah disediakan awal 6 bulan dari tarikh peperiksaan. Jadi kemungkinan besar isu 6 bulan kebelakangan ini tidak timbul untuk soalan kali ini. 6 bulan sebelum tu dalam bulan Oktober, September, Ogos serta bulan sebelumnya tahun 2016. Maka anda cuba mencari isu hangat waktu itu dan kemungkinan ada kaitan dengan soalan peperiksaan anda nanti.

  • Pengetahuan am

Tips Lulus Exam Pegawai Penerangan

Tidak lupa juga anda perlu mengulangkaji bahagian pengetahuan am lebih banyak dan ia merangkumi aspek:

  1. Pengurusan pentadbiran,
  2. Ekonomi,
  3. Sejarah,
  4. Pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi,
  5. Keselamatan,
  6. Undang-undang,
  7. Bidang sains,
  8. Sosial,
  9. Sukan,
  10. Kebudayaan
  11. dan lain-lain Perkembangan Semasa

Semua maklumat ini anda boleh dapatkan di google, buku berkaitan, arkib, majalah, surat khabar dan social media. Saya yakin anda memang pakar dalam bahagian ini.

  • Sediakan nota

Tips Lulus Exam Pegawai Penerangan

Ini sama sahaja dengan konsep pembelajaran semasa kita. Buat nota ringkas atau lebih mudah zaman sekarang anda “screenshoot”, muat turun serta fotokopi mana-mana info yang berguna untuk anda jadikan bahan rujukan semasa menjawab soalan. Ini juga penting sebab manusia tidak boleh mengingati semua perkara!

  • Bahagikan masa dengan baik

Tips Lulus Penolong Pegawai Penerangan

Ini berkait rapat dengan pengurusan masa yang cemerlang. Anda hendaklah bahagiakan masa anda dengan baik. Tidak terlalu melebihkan setiap soalan namun pada masa yang sama otak berfikir dengan pantas jawapan yang harus dijawab. Kes ini banyak berlaku dikalangan calon yang tidak membahagikan masa dengan baik maka aka nada nada penyesalan di akhir peperiksaan nanti.

  • Tinggalkan soalan yang susah

Tips Lulus Exam Pegawai Penerangan

Rasanya tips ini seperti tips turun temurun bukan? Ya, tinggalkan dahulu soalan yang anda rasa susah dan memerlukan perhatian yang banyak. Beralih dahulu kepada soalan yang anda boleh jawab. Sekurang-kurangnya, soalan lain yang anda tahu anda boleh jawab dengan yakin dahulu.

  • Cuba jawab soalan tahun sebelumnya

Tips Lulus Exam Pegawai Penerangan

Jika di sekolah/universiti ia lebih sinonim dengan “pass year paper”. Walaupun peperiksaan terlebih dahulu bertulis, tidak salah kiranya anda memcuba untuk menjawab soalan lepas. Soalan mirip peperiksaan ini juga ada di sediakan. Anda boleh dapatkan di google dan ebook. Ini akan membuatkan anda lebih memahami konsep soalan, bagaian soalan serta “trick” soalan. Bahkan dari situ anda akan mengetahui maklumat baharu.

  • Fahami bahagian kertas soalan

Tips Lulus Exam Pegawai Penerangan

Walaupun kini peperiksaan diambik secara online, namun anda haruslah mengambil tau laras soalan dan jumlah soalan setiap bahagian. Ini akan mudahkan anda supaya anda tidak terlalu tertumpu pada satu bahagian biasanya bahagian A dan terlupa untuk membuat bahagian B dan masa telah tamat. Ia amat merugikan!

  • Jalur internet yang kuat

Tips Lulus Exam Pegawai Penerangan

Peperiksaan online ini semestinya memerlukan jalur internet. Pastikan jalur internet anda berada dalam keadaan baik dan kuat. Ia boleh dilakukan di mana sahaja namun data/jalur anda haruslah berkeadaan baik. Ini akan mempengaruhi masa anda untuk menjawab soalan jika jalur internet tidak kuat atau tersekat.

Terpenting Sekali Adalah Dapatkan Rujukan Exam Pegawai Penerangan S41 Versi 2017 !

Rujukan Pegawai Penerangan S41

Untuk lebih menyediakan calon-calon yang berkelayakan untuk dapat menjawab Peperiksaan Pegawai Penerangan S41, anda boleh panduan-panduan serta pakej rujukan untuk peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S41 di laman web ekslusif berikut Rujukan Penuh Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41  atau terus whatsapp Prof Hariz di talian 012-5336713 SEKARANG !

Arenakerjaya : Semoga anda yang bakal menduduki peperiksaan Pegawai Penerangan S41 kali ini dapat menjawab soalan dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *